Monday, April 21, 2014

La Tahzan....

BismillahiRahmaniRahim....

Dah hampir setahun lebih tidak menulis diblog kesayangan ini...Bukan tak ada cerita
yg ingin ditulis,dikongsi...tetapi keterbatasan waktu yg menghalang...InsyaAllah selepas ini
ingin kembali melakarkan segala kenangan hidup yg sementara ini disini bagi kenangan dihari tua
andai diizinkan umur saat itu nanti dan yg paling penting,terbit rasa ingin menyimpan segala
memory disini utk tatapan anak2...
walaupon sudah lama tidak menulis diblog ini,namun aku suka menjenguk tulisan2 lama aku disini,
suka membaca kisah2 lama,catatan perjalanan kehidupan keluarga kecil aku ini.Aku harap semangat
untuk kembali berblog seperti hari ini akan dapat aku teruskan.Sesungguhnya,setiap detik masa yg berlalu sudah pastinya membawa kisah2 yg kadangkala membawa 1000 pengertian untuk diri sendiri mahupon insan lain yg berada disekeliling kita.Hidup ini adalah sesingkat cuma.Bersyukur kerana diri ini tidak pernah jauh dari insan2 yg sentiasa menyayangi,sentiasa mendamaikan hati ini disaat resah & gelisah...juga...sentiasa ada disaat suka & duka...meminjamkan bahu disaat diri ini perlukan dahan utk berpaut...Dan tak kurang juga yg mahu berkongsi rahsia apa sahaja untuk manfaat bersama...InshaAllah....Ya Allah,jika perkongsian kehidupan itu lebih tulus ikhlas disini,maka Engkau permudahkanlah Ya Allah...
Alhamdulillah...sudah hampir setengah tahun melangkah ke tahun 2014...Hari ini,baru tergerak hati & sedikit semangat untuk kembali menulis diblog ini...Sungguh cepat masa berlalu...Tahun 2012 aku sekali lagi diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk mengandungkan zuriat kedua ku...sesungguhnya itulah anugerah terindah untuk tahun 2012 buat aku sekeluarga...Lahirnya seorang mujahid kecil pada tanggal 15/7/2012,dengan penuh kesempurnaan..MUHAMMAD IMAN NAJIY...itulah nama putera kedua ku...
Sesungguhnya setiap rencana Dia adalah yg terbaik...Aturan Dia tiada yg sia2...Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan rasa syukur kerana pada tahun 2013 kami sekeluarga berhijrah ke bumi Qatar...Penghijrahan yg tidak pernah langsung dijangkakan...Alhamdulillah,kini,kami sekeluarga memulakan sebuah kehidupan yg baru...Kami yakin,dengan izin dariNya inshaAllah segalanya akan dapat kami lalui dgn baik disini...Tiada pergantungan yg lebih mendamaikan selain dari pergantungan kita kepadaNya...Doakan kami bahagia disini...dan doakan agar perjalanan hidup kami sentiasa didalam rahmat & peliharaan Allah swt.....


Muhammad Iman Najiy...The greatest
gift from God...2012..


2013...Fly to Doha,Qatar...