Ketawa dan air mata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih
Pasti ku rasa
Begitu sebaliknya...
Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangi ku
Kalau kau takut
Kehilangan ku
Begitu juga aku...
Ku juga suka
Bila kau curiga
Ia mengajar ku erti setia
Apapun sikap mu aku terima
Asalkan ada kebaikan...
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan
Memang sesekali sikap mu
Membuat aku jemu
Hingga kau tak ku pedulikan
Untuk menyedarkan...
Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata.....
Xtually,balik dari aerobics td,tgh2 drive,tetiba dengar lagu nie kat radio...Mmg dah lama gler x dengar lagu nie,seingat2 aku,masa zaman2 sekolah dulu jer layan....Masa tu mmg tgh ngetop lagu2 jiwa gini...Hehehe....apapun,lagu nie mengingatkan aku pada kisah seorang teman....Hopefully,if dia terbaca entry aku kali nie,semangatnya kian kuat demi untuk mempertahankan sebuah perhubungan....Bumi mana tidak ditimpa hujan....Inikan pula sebuah ikatan perkahwinan yg sememangnya penuh ranjau duri dan dugaan....Yg lebih memerlukan kebahagian saat ini adalah insan yg bergelar ANAK....
Sesungguhnya aku bukan lah insan yg layak untuk memperkatakan sesuatu yg baik disini,tp x salahkan seandainya aku ingin berkongsi kesedihan seorg teman dgn memahami situasi sukar yg sedang dilaluinya skrg....Entah lah...Mmg terlalu sukar utk kita memperbahaskan tentang perasaan seorg lelaki yg bergelar suami....Bukan x sayang,tetapi kdgkala kasih sayang kita terhadap mereka dizalimi....Sedangkan,sewaktu menerima lamaran mereka utk dijadikan isteri mereka,kita sebagai wanita telah pun meredhai diri terpisah dari kepompong keluarga yg sangat2 dikasihi demi ingin hidup didalam satu dunia asing,bersama org yg belum kita biasa...belum betul2 kenal...belum betul2 tahu peribadinya,namun,kita berusaha utk mempelajari segala kehendak mereka...Demi Tuhan,bukan lah sesuatu yg mudah.Bukanlah utk menyatakan bahawa kita sebagai wanita terlalu sempurna,tetapi,sememangnya kita ttp berusaha utk melakukan sesempurna mgkin kan...?
Kenapa setelah Allah mengurniakan kehidupan yg sempurna disamping seorg isteri dan anak,masih sanggup seorg insan yg bergelar suami, memerlukan perhatian dari seorg insan wanita,walau hanya sekadar teman...?Dimanakah kasih sayang mereka terhadap isteri yg selama ini sah mereka nikahi,dgn menjanjikan kebahagiaan?Aku sendiri kadangkala berkecil hati tatkala mendengar,mahupun membaca masalah seumpama ini.Aku jg seorg wanita,seorg isteri terhadap seorg suami.Setia kita terhadap suami tidak pernah berbelah bahagi.Apatah lagi dgn kesanggupan diri melahirkan zuriat keturunan mereka sdri.Saat itu,kita merelakan fizikal diri berubah berkali2 demi kebahagiaan suami.Kita ttp kita,dgn kudrat dan kemampuan yg ada,kita lakukan segalanya demi keluarga yg tercinta.Ingat!Jarang sekali ada isteri yg menuntut bayaran dri suami bg kerja2 yg dibuat.Lebih2 lagi menuntut gaji.Kalau suami faham dan tahu menghargainya,Alhamdulillah.Kalau suami mahu sama2 ringankan tgn utk membantu,syukur.Kalau suami sekali sekala memberi hadiah,itu dikira sudah cukup baik,paling tidak,penghargaan dalam bentuk kata2,sikap,belaian mesra pun amat tinggi harganya buat seorg isteri.Bukan menyakiti.
Ya Allah,sayunya hati ku tatkala mendengar pelbagai masalah rumahtangga teman2 ku...Mudahkan lah Ya Allah bagi kami utk terus mengharungi kehidupan ini....Kurniakan kami seorg suami yg dapat menghargai kami sebgai seorg isteri....Biar apapun keburukan kami,mudah2an suami kami dapat membimbing kami kearah jalan yg di redhai Mu...Bukan menyakiti kami...Amin Ya Rabbal Alamin....
Buat mu teman...aku tetap mendoakan yg terbaik buat mu....Jgn cepat mengalah dgn insan2 yg hanya tahu menzalimi sesama insan....Yakin dan percaya bahawa kebahagiaan MASIH milik mu...Adios!
syahdunya entry kali ni :D
ReplyDeleteAmbil award di blog saya ye :)
Thanks kak sima...first time ada org sudi kasi award..!heheheheh
ReplyDelete